Siapa Beri Arahan Pembunuhan Altantuya




Depa Kata:-
2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
:- Sirul telah memberi keterangan di mahkamah bahawa ia adalah arahan dari Azilah yang turut melibatkan beliau pada malam kejadian tersebut. Sepatutnya, Azilah lah yang harus memberi tahu kepada makamah siapa yang mengarahkan beliau, tetapi beliau tidak berkata apa apa, walaupun di jatuhi hukuman mati.
Kedua-dua Sirul dan Azilah mempunyai masa lebih daripada 9 tahun untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlalku, Tetapi telah memilih untuk tidak berkata apa-apa – walaupun pada sesi penghujahan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Dan Sirul yang kini terselamat di Australia masih tidak berkata apa apa walaupun pernah mendapat dorongan dari beberapa pihak termasuk pihak PAS (mungkin boleh ingat isu “Hello? Hello?”) dan orang awam.
Kedua-dua mereka mempunyai LEBIH DARI MENCUKUPI peluang untuk memberitahu kepada umum siapa yang mengarahkan mereka dan mengemukakan bukti, Tetapi sahingga kini mereka berdua berdiam diri seribu bahasa.
Mungkin Tun M mengetahui lebih dari apa yang orang lain tahu, Bolehkah Tun M memaklumkan kepada kami?
Atau mungkin Tun mahu mengatakan kepada umum bahawa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam tidak adil atau tidak mempunyai kebebasan untuk mengetahui kebenaran?

0 Response to "Siapa Beri Arahan Pembunuhan Altantuya"

Post a Comment